Lawatan Unit Strategi Nasional (NSU)

Kukuhkan akidah kita?
17/01/2017
Lawatan Timbalan Menteri KKLW
17/01/2017

Lawatan Unit Strategi Nasional (NSU)

Pada 14 Mei 2014, KETENGAH telah menerima Rombongan Unit Strategi Nasional (NSU) dari Kementerian Kewangan Malaysia. Mereka telah datang melawat RTC Terengganu yang sedang dalam pembinaan di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Lawatan kerja ini diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Baharum bin Jani yang merupakan Pengarah NSU, MOF. Kedatangan beliau bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan pembangunan RTC Terengganu dan Variation Order (VO) kerja kerja RTC. Kedatangan YBhg. Dato’ Dr. Baharum bin Jani, telah disambut oleh Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Taklimat mengenai kemajuan projek pembangunan RTC Terengganu ini telah disampaikan oleh Tuan haji Omar bin Ismail yang merupakan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KETENGAH.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *