Majlis Apresiasi Mini RTC

Bagi menghargai Agensi pelaksana dan pengurus-pengurus Mini RTC, Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Majlis Apresiasi Mini RTC 2013 yang diadakan di Dewan Serbaguna KKLW pada 3 april 2014.Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha KKLW Datuk Seri Ibrahim Bin Muhamad. Beliau menegaskan dalam ucapan beliau bahawa, Pengurus Mini RTC perlu mengekalkan disiplin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas serta menjaga harta benda kerajaaan yang telah diamanahkan. Beliau juga berharap supaya pengurus-pengurus mini RTC sentiasa berhubung antara satu sama lain selaras “National Blue Ocean Strategic” Strategi Lautan Biru Kebangsaan menghubungkan RTC dengan Mini RTC, bagi memastikan Mini RTC terus relevan dan bersesuaian dengan kehendak komuniti setempat, komitmen dan kerjasama perlu ada pada setiap pengurus Mini RTC. Katanya lagi, Mini RTC perlu mencari pendekatan yang profesional untuk menarik pengunjung, dan perlu bekerjasama dengan baik dengan setiap Pengurus Negeri Mini RTC justeru ia akan melonjakkan lagi nama Mini RTC. KETENGAH telah dianugerahkan Sijil Penghargaan sebagai Agensi Pelaksana Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Datuk Seri Ibrahim Bin Muhamad kepada Pengurus Besar KETENGAH. Pengurus Mini RTC dibawah kelolaan KETENGAH juga telah diberi pengiktirafan dengan memenangi 3 anugerah iaitu Mini RTC Air Putih Kategori Dedikasi, Mini RTC Alur Limbat Kategori Kemasyarakatan dan Mini RTC Tok Has Kategori Kepimpinan.

placeholder
Majlis Pelancaran Sistem ePengesahan dan Peluasan SSMI
placeholder
Majlis Perasmian Kelab Golf Bukit Besi

Artikel Lain