Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini 12 Julai 2015, bertandang menjenguk rakyat Terengganu dalam satu majlis berbuka puasa bersama masyarakat Bandar Ceneh Baru , Kemaman, Terengganu. Dalam majlis tersebut beliau berkata “Ketengah perlu terus mempertingkatkan hasil pendapatannya dan keupayaan perancangannya termasuk bagi memperbanyakkan bidang keusahawan dan kegiatan ekonomi bagi memastikan ia mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada setiap warganya pada masa depan”. Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Mohamad, Pengurus Besar Ketengah, Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar. Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaian sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah serta penyampaian wang ihsan di bawah Bantuan Bencana Agro Makanan sebanyak RM945,040 kepada 562 penerima. Sebelum itu YB Menteri KKLW dan Menteri Komunikasi & Multimedia menyampaikan bantuan kepada golongan kurang upaya dirumah mereka dengan menaiki motosikal.

placeholder
Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH DUN Bukit Besi
placeholder
Ceria Pagi Syawal

Artikel Lain