Majlis Budi Disanjung Kasih Dijunjung

Info terkini banjir wilayah ketengah.
16/12/2018
PEMBERITAHUAN TAWARAN BOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2018
31/12/2018

Majlis Budi Disanjung Kasih Dijunjung

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan pesara KETENGAH telah diraikan dalam satu Majlis Budi Disanjung Kasih Dijunjung pada 19 Disember 2018 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Dalam ucapan YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH berkata “Sahabat-sahabat kita ini merupakan senior di KETENGAH tentu masih dapat mengingati bagaimana sukarnya tugas KETENGAH pada satu ketika dahulu dalam keadaan yang serba kekurangan.Namun begitu Alhamdulillah, pada hari ini berkat kesabaran kita semua maka pelbagai pembangunan telah dapat kita wujudkan di wilayah kita ini”.

Tambah beliau Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak, pembangunan yang direncanakan mustahil untuk dicapai. Ini kerana setiap pegawai dan kakitangan merupakan aset penting ekoran memainkan peranan masing-masing.Justeru, saya menyeru kakitangan KETENGAH semua agar terus memberikan sumbangan yang terbaik dalam memastikan segala perancangan dapat kita capai.”

 Selamat bersara dan kami mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari tuan puan andai ada antara kita yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku.  Segala jasa bakti tuan puan sepanjang berkhidmat di KETENGAH akan kami kenang selagi hayat di kandung badan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *