Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah

MoU KETENGAH UNISZA
17/01/2017
Melestarikan Inovasi Memartabatkan Transformasi
17/01/2017

Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah

Sejarah tercipta lagi apabila buat kali pertama, Kolej Ketengah telah berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen Pertama pada 28 November 2015 bertempat di BALORA Bandar Al Mukktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Seramai 288 Graduan menerima Ijazah, Diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Latihan Kemahiran (Program Latihan dan Kerjaya). Pengerusi Kolej Ketengah, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud yang juga Pengurus Besar KETENGAH berkata “majlis konvokesyen tersebut merupakan satu titik sejarah yang amat penting bagi Ketengah yang dapat membuktikan kemampuan kolejnya melahirkan graduan-graduan yang berwibawa dalam pelbagai bidang”.

“Hari ini sangat bermakna buat KETENGAH kerana berjaya melahirkan graduan dalam pelbagai bidang termasuk Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Aplikasi Multimedia, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sijil Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, dan Sijil Perakaunan Berkomputer”. “Untuk makluman, jumlah pengambilan pelajar ke Kolej Ketengah juga meningkat dari semasa ke semasa dan ini menunjukkan bahawa Kolej Ketengah akan sentiasa menjadi pilihan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan keperluan industri,” katanya. Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Pengurus Besar Operasi KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail dan Pengurus Korporat Ketengah Holding Sdn Bhd Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Disamping itu pelbagai program turut diatur sempena Hari Konvokesyen Kolej Ketengah yang berlangsung di RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun, Terengganu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *