Majlis Makan Malam Anugerah 5 Bintang MGWPA 2013

Satu Majlis Makan Malam Anugerah 5 Bintang Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGWPA) 2013 telah dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pihak SKALI sebagai salah satu penutup kepada Projek MPS yang telah berjalan selama enam (6) tahun pada 7hb Januari 2014 bertempat di Dewan Ballroom Pacific, Hotel Seri Pacific.Managed Portal Services (Perkhidmatan Portal Terurus) atau Projek MPS adalah satu program 6 tahun yang telah direka bagi membolehkan kerajaan Malaysia menaik taraf laman web kerajaan sejajar dengan piawaian antarabangsa. Sebanyak 139 Agensi telah dianugerahkan sijil dan trofi MGWPA 2013 termasuk KETENGAH. KETENGAH telah mendapat penarafan 5 bintang sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu pada tahun 2011, 2012 dan 2013 dalam projek MPS ini.

placeholder
Lawatan MOSTI, PSKT dan UPEN ke Tasik Kenyir
placeholder
Malam Gemilang KKLW 2013

Artikel Lain