Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat @ KKLW DUN Bukit Besi 2017

Program Tuisyen Rakyat @ KKLW merupakan salah satu program kecaknaan kerajaan terhadap nasib masyarakat luar bandar.  Ianya menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan.

Program ini disasarkan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (bawah RM3,500) dan juga tumpuan kepada pelajar berprestasi sederhana/lemah. Sebanyak 19 buah sekolah menengah dan rendah telah menerima kehlian daripada YB Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap ADUN Bukit Besi.  YB berkata “ jalinan kasih sayang di antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan agensi agensi yang berkaitan adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan anak-anak”.

Hadir sama pada majlis tersebut Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH. Majlis ini telah dianjurkan oleh Persatuan  Sahabat Puteri Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan KETENGAH.

Program Pasar Percuma Tasik kenyir 2017
Program Pengagihan Kurma Wilayah KETENGAH

Artikel Lain