Majlis Pelancaran Sistem ePengesahan dan Peluasan SSMI

Pada 1 April 2014, Suruhanjaya perkhidmatan awam Malaysia (SPA) telah melancarkan sistem ePengesahan dan peluasan sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) yang telah di sempurnakan pelancarannya oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Transformasi pengurusan perkhidmatan diatas talian ini akan dapat memberi impak positif kepada kerajaan terutama dalam penjimatan kos, penjimatan masa, peningkatan hasil kualiti kerja dan memberi impak kepada peningkatan kepuasan pelanggan selari dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berusaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam dalam menghadapi cabaran untuk mencapai wawasan 2020. Sistem ini telah diperluaskan ke semua Kementerian, Jabatan dan Agensi. Pengurus Besar KETENGAH turut hadir dan kemudiannya menandatangani dokumen setuju terima penggunaan sistem ini.

placeholder
Program Transformasi Belia Luar Bandar
placeholder
Majlis Apresiasi Mini RTC

Artikel Lain