Majlis Penyerahan Apron kepada peniaga Bazar Ramadan

Majlis Penyerahan Apron kepada peniaga Bazar Ramadan telah diadakan pada 27 Mei 2017 bertempat di tapak Bazar Ramadan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. En Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH telah menyerahkan apron tersebut dan berpesan agar peniaga sentiasa menjaga kebersihan diri dan makanan yang dijual.

Hadir sama pada program tersebut Puan Hajjah Roslina bt Mohd Yusof, Penolong Pengurus Bahagian Tanah dan Kuasa Tempatan.

Program Pengagihan Kurma Wilayah KETENGAH
Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Artikel Lain