Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan

Dalam usaha memperkasakan pengangkutan air di Tasik Kenyir, KETENGAH amat menitik beratkan soal keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini. Untuk itu, satu majlis penyerahan jaket keselamatan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, merangkap Pengerusi KETENGAH bertempat di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir pada 21 Mac 2017. Seramai 76 pengusaha telah menerima jaket keselamatan yang meliputi 31 orang pengusaha bot laju dan 45 orang pengusaha rumah bot secara percuma. Selain itu, KETENGAH turut mengadakan kursus dan latihan, memberikan life ring buoy termasuk bracket dan tali, first aid kit dan juga alat pemadam api pada tahun 2016 kepada pengusaha bot di Tasik Kenyir.

KETENGAH berharap agar pengusaha-pengusaha bot di Tasik Kenyir mendaftar dengan Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir Terengganu kerana segala peruntukan akan disalurkan melalui persatuan ini dan menaikkan taraf Tasik Kenyir sebagai salah satu destinasi pelancongan ulung di dunia. Selepas majlis tersebut YAB Menteri Besar Terengganu mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH kali 1/2017.

Jom Ngail Riang Ria Keluarga KETENGAH
placeholder
Kemasukan Pelajar Kolej Ketengah Sesi Julai 2017

Artikel Lain