Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2016

Pemerkasaan J3K Hulu Dungun
17/01/2017
Anugerah Emas ICQCC Bangkok
17/01/2017

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2016

http://www.ketengah.gov.my/Merdeka

Sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang merupakan satu permulaan amat baik dalam usaha menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Sehubungan dengan itu KETENGAH telah mengadakan majlis sambutan bulan kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang peringkat Wilayah KETENGAH pada 21 Ogos 2016.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri YB En Roslee bin Daud. Beliau berkata “kita jangan lupa akan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pemimpin pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan dan mereka yang membangunkan Wilayah KETENGAH ini”.

Beliau juga menyeru supaya kita semua mesti bersatu dan jangan ada perpecahan dikalangan kita. Pada majlis tersebut Jalur Gemilang telah diserahkan kepada 87 orang Pengerusi JKKK, wakil Pejabat-Pejabat Kerajaan, Mini RTC dan Usahawan Wilayah KETENGAH.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *