Majlis Sambutan Hari Raya KETENGAH

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah meninggalkan kita semua dan kini Syawal pula menjelma. Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 2014 telah diadakan pada 10hb Ogos 2014 bertempat di RTC Terengganu Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg, Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad. Dikesempatan yang agak singkat ini, YBhg Datuk Seri sempat beramah mesra bersama Penduduk di Wilayah KETENGAH disamping memberi bantuan kepada balu-balu Pesara KETENGAH. Tujuan utama majlis ini diadakan di RTC Terengganu adalah sebagai satu langkah bagi memaklumkan kepada semua penduduk Wilayah KETENGAH serta tetamu yang hadir bahawa RTC Terengganu akan berfungsi sepenuhnya tidak lama lagi. RTC Terengganu yang terletak kira-kira 50KM dari Bandar Dungun ini, dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi demi manfaat kepada penduduk luar bandar sekitarnya. Ia juga diyakini dapat menyalurkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang akan memberi perkhidmatan paling dekat dan terbaik kepada penduduk.

placeholder
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
placeholder
KETENGAH Cakna

Artikel Lain