Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH DUN Bukit Besi

Pada 11 Julai 2015, satu majlis sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH bagi DUN Bukit Besi telah dilaksanakan bertempat di BALORA, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Seramai 688 penerima yang terdiri daripada golongan miskin telah dibantu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 206,400.00. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Encik Roslee bin Daud Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri Terengganu dan juga ADUN Bukit Besi yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu. Beliau berkata dalam ucapannya, “Kita semua mesti berterima kasih kepada Dato’ Pengurus Besar KETENGAH kerana sentiasa memikirkan cara atau kaedah dalam membantu dan membangunkan masyarakat di DUN Bukit Besi ini. Sesungguhnya kewujudan KETENGAH ini sejak dari dulu lagi telah memberi sinar kepada kita semua.” Hadir sama pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan KETENGAH, ketua ketua jabatan dan pimpinan masyarakat Dun Bukit Besi. Turut diadakan Majlis berbuka puasa.

placeholder
Warga Miskin, Sakit Melarat dan OKU dibantu
placeholder
Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri

Artikel Lain