Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

 

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan kira-kira RM712,900 melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini. TAMK adalah dana sumbangan diperoleh hasil keuntungan anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor dan keuntungan diserahkan kepada rakyat melalui pelbagai saluran. Pada 3 Jun 2017 YAB Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi KETENGAH bersama isteri telah menyampaikan bantuan tersebut bertempat di Bandar Ceneh Baharu, Kemaman, Terengganu. “Pembahagian ini juga kita salurkan mengikut kriteria seperti penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya. Kita berharap sumbangan daripada Tabung Amanah Masyarakat ini dapat meringankan beban penduduk miskin,” katanya. Seramai 612 orang penerima yang terdiri dari penduduk DUN Kijal, DUN Air Putih dan sebahagian DUN Bukit Besi telah mendapat manafaat daripada TAMK ini. Hadir sama pada majlis tersebut YB Tuan Haji Ir Rosli Bin Othman,Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur,Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri bersama isteri, YB, Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar bersama isteri, YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH bersama isteri dan juga pegawai – pegawai kanan KETENGAH. Selesai majlis tersebut YAB Menteri Besar turut merasmikan Sabasun Hyperruncit dan meninjau pasaraya berkenaan.

Majlis Penyerahan Apron kepada peniaga Bazar Ramadan
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TIMBALAN PENGERUSI KETENGAH

Artikel Lain