Malam Gemilang KKLW 2013

Pada 15 Januari 2014, Malam Gemilang KKLW 2013 telah dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan jayanya. Selaku agensi di bawah KKLW, KETENGAH juga telah meraikan sambutan malam tersebut dengan dihadiri oleh Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar, pengurus-pengurus bahagian dan juga Pengurus Korporat anak syarikat KETENGAH, Ketengah Holdings Sdn Bhd. Sepanjang majlis tersebut, para jemputan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seni dan budaya yang menarik daripada setiap agensi. KETENGAH juga turut mempersembahkan satu sketsa yang sangat sinonim dengan Pantai Timur iaitu Ulek Mayang. Di dalam majlis tersebut juga disertakan Penyampaian Cenderamata Kepada Pesara KKLW, Penyampaian Anugerah Pegawai Gemilang Paling Popular 2013, Penyampaian Anugerah Koperasi Terbaik 2012, Penyampaian Anugerah Anak Syarikat Terbaik 2012 dan Upacara Penyerahan Sumbangan Kepada Tabung BaktiDesa.

placeholder
Majlis Makan Malam Anugerah 5 Bintang MGWPA 2013
placeholder
Perhimpunan Bulanan 1/2014

Artikel Lain