Malam Jasamu Dikenang

YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail merupakan satu nama yang tidak asing lagi dikalangan warga wilayah KETENGAH. Beliau dilahirkan pada 1 September 1958 bertempat di kampung Pulau Rusa, Manir Terengganu.

Pada 15 April 1982 beliau telah diterima bekerja di Lembaga kemajuan Terengganu Tengah sebagai Penolong Pengarah gred A22. Pada 5 Januari 2016 beliau telah memangku jawatan Pengurus Besar susulan persaraan wajib Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud dan dilantik sebagai Pengurus Besar Gred Utama Jusa C pada 5 Januari 2017. Sepanjang 36 tahun 4 bulan 21 hari perkhidmatannya di KETENGAH, semangat  Tuan Haji Omar dalam membantu penduduk luar bandar sememangnya tidak pernah padam. Beliau merupakan seorang ketua yang prihatin, mesra dan sentiasa dekat dengan kakitangan, sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan pegawai dan kakitangan dalam pelbagai aspek yang melibatkan tugas. Sebagai seorang ketua yang ada ditengah penduduk wilayahnya dalam tempoh yang cukup lama, Tuan Haji Omar amat memahami KETENGAH dan permasalahannya. Justeru itu, beliau sentiasa terlibat dalam aspek pembangunan KETENGAH terutama yang terlibat secara langsung dengan penduduk. Beliau banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan infrasruktur dan kegiatan ekonomi, pembangunan anak syarikat, pembangunan Tasik Kenyir. Pembangunan masyarakat, pembangunan usahawan serta pembangunan ICTdi dalam wilayah KETENGAH.

Sepanjang perkhidmatan beliau di KETENGAH, beliau telah menerima beberapa pingat kebesaran diantaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 1996, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 20 julai 2003 dan Ahli Sultan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) pada 7 Julai 2013.

Disebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat seorang wanita yang menjadi pendorongnya. Puan Hajah Hanisah bt Abdullah tetap setia menemani beliau semasa suka mahupun duka. Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan 9 orang cahaya mata 4 lelaki dan 5 perempuan.

Memang sudah lumrah dunia, yang bermula pasti akan berahkhir jua. Setelah 36 tahun mencurah bakti di KETENGAH, tibalah masa Tuan Haji Omar bin Ismail meninggalkan kita semua. Namun, kenangan manis dan segala jasa yang dicurahkan akan tetap terpahat kukuh dalam lipatan sejarah KETENGAH dan kakitangan semua. Selamat bersara buat tuan haji dan doa kami sentiasa mengiringi Tuan Haji Omar bin Ismail. Semoga Allah SWT memberkati Tuan Haji sekeluarga serta memberi kejayaan yang lebih besar lagi dimasa hadapan. Selamat bersara buat Tuan Haji Omar bin Ismail.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku Mini RTC Terengganu 2018.
Pertandingan Gema Merdeka Sayangi Malaysiaku@KPLB 2018

Artikel Lain