Pada 1 Jan 2014, YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said telah melawat ke Tasik Kenyir bagi meninjau dan melihat perkembangan projek Pembangunan Zon Bebas Cukai, Pulau Bayas. Turut serta mengiringi beliau ialah Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar Ketengah dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan projek tersebut.