MB rasmi MRSM Imtiaz YT Ketengah

Lawatan ke Kg Tok Dor dan Projek Ekonomi Desa Lestari
17/01/2017
Dr Zakir Naik melawat Tasik Kenyir
17/01/2017

MB rasmi MRSM Imtiaz YT Ketengah

http://www.ketengah.gov.my/Perasmian

MRSM IMTIAZ YT KETENGAH telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Penubuhan MRSM IMTIAZ YT KETENGAH menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan jalinan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Kerajaan Negeri Terengganu melalui agensi-agensi di bawah MARA, Yayasan Terengganu dan KETENGAH.

Jalinan ini adalah julung-julung kali diadakan dengan MARA menawarkan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, tenaga pengajar, pelajar dengan peruntukan belanja mengurus. Yayasan Terengganu pula menyediakan kemudahan infrastruktur, penyelenggaraan dan kakitangan sokongan manakala KETENGAH sebagai agen pembangunan insan dan pendidikan di dalam Wilayahnya.

MRSM IMTIAZ YT KETENGAH ini menawarkan program aliran Sains Keusahawanan dengan
Model Program Perintis Keusahawanan (Entrepreneur Apprentice Programme) yang pertama di Malaysia dengan ciri-ciri seperti dinamik (dynamic), kreatif (creative), inovatif (innovative), pengambil risiko (risk taker) dan berwawasan (visionary).

Pengambilan pelajar sulung seramai 110 pelajar Tingkatan 4 telah diadakan pada 21 Mac 2016 dan 4 April 2016 dengan sasaran berjumlah 300 pelajar menjelang tahun 2017. MRSM IMTIAZ YT KETENGAH mempunyai 4 pegawai pengurusan (MARA), 10 orang guru (MARA) dan 7 kakitangan sokongan (2 MARA, 5 YT).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *