MB Terengganu Lawat Mangsa Banjir

Pada 11hb Januari 2015, YAB Dato Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu telah datang melawat ke Kg Pasir Raja dan Kg Shukur bagi melihat sendiri kesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. YAB Dato telah dibawa melawat ke seluruh kampung dan tempat kejadian tanah runtuh. Serentak dengan itu juga, YAB Dato juga menghulurkan bantuan kepada semua yang terkesan akibat banjir tersebut. Di dalam ucaptamanya, YAB Dato Ahmad Razif juga mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000.00 bagi menaiktaraf Dewan Orang Ramai Kg Pasir Raja yang dijadikan Pusat Pemindahan banjir baru-baru ini. Cadangan menaiktaraf tersebut adalah bagi memastikan keselesaan di masa akan datang.

placeholder
Projek Jiwa Murni ATM
placeholder
Sumbangan kepada mangsa banjir

Artikel Lain