Membudaya Kreativiti Menjulang Inovasi

Hari Inovasi KETENGAH 2013 telah diadakan pada 10hb Disember 2013 bertempat di Balai Orang Ramai, Bandar AMBS. Majlis yang bertemakan “Membudaya Kreativiti Menjulang Inovasi” itu telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato Ibrahim bin Muhammad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut mengiringi ialah Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Tuan Haji Omar bin Ismail, pengurus-pengurus bahagian, kakitangan KETENGAH serta penerima-penerima anugerah. Usaha yang dilakukan KETENGAH adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam mengadakan Hari Inovasi pada setiap tahun dengan tujuan memberi pendedahan tentang pentingnya inovasi dalam mempertingkatkan pencapaian Perkhidmatan Awam dan pada masa yang sama menyarankan pembudayaan inovasi pada setiap peringkat termasuklah di kalangan golongan sasar KETENGAH sendiri. “Sebagai kakitangan awam, kita tidak boleh jemu dalam melakukan sesuatu, sebaliknya terus mengeluarkan produk-produk bagi meningkatkan keupayaan diri dan juga imej jabatan”, kata Pengurus Besar KETENGAH di dalam ucapannya. Susulan daripada itu, dalam ucapan perasmian KSU, beliau juga mengutarakan perkara yang sama iaitu “KETENGAH sentiasa cuba mengetengahkan sesuatu yang baru dalam inovasi dan berharap KETENGAH sentiasa meneruskan budaya invoasi dalam apa keadaan sekalipun, kerana dengan adanya inovasi, kita akan dapat melaksanakan tugas dengan cepat dan mempertingkatkan mutu kerja. Usaha dalam melakukan inovasi ini juga perlu melibatkan semua pihak samada peringkat bawahan mahupun peringkat atasan. Ini bagi menghasilkan cetusan idea dalam melaksanakan inovasi tersebut.”. Dalam program tersebut juga turut dipamerkan produk-produk Kumpulan KIK yang telah berjaya di peringkat Kebangsaan dan Mini Konvesyen KIK peringkat Ketengah. Sebanyak 11 Anugerah telah dipertandingkan iaitu :- Anugerah Mini RTC Terbaik Mini RTC Kampung Batu 14 Kuala Tayor Anugerah Pengurusan Masjid Perbandaran Terbaik Masjid Kampung Dandong Anugerah Usahawan Harapan Tuan Haji Mohd Kamal bin Awi Anugerah Peningkatan Pengupayaan Keluarga Anugerah Khas Pengurusan Projek Terbaik Penyampaian Hadiah Gerakan Daya Wawasan (GDW) Terbaik Wilayah KETENGAH 2012 Ketiga : Kg Tok Dor Kedua : Kg. Pasir Gajah Pertama : Kg. Jerangau Anugerah Pengurusan Perbandaran Terbaik Pejabat Perbandaran Cheneh Baharu Anugerah Kualiti Pengurusan Rekod Terbaik Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Tempat Ketiga : Kumpulan Cahaya Tempat Kedua : Kumpulan Dinamin Johan : Kumpulan Bazar Penyampaian Sijil Konvesyen KIK Peringkat Kebangsaan Kumpulan KLIK Kumpulan Inovasi Insan Penyampaian Hadiah Tema Hari Inovasi Puan Hayati binti Mohd Ali

placeholder
KSU Lawat Mangsa Banjir di Kg. Air Putih Kemaman
placeholder
Program Memancing Jelajah Tasik Kenyir 2013

Artikel Lain