Program Mesra Kasih Bersama Rakyat

Kemasukan Pelajar Kolej Ketengah Sesi Julai 2017
22/03/2017
Program Senamrobik KETENGAH kali 1/2017
28/03/2017

Program Mesra Kasih Bersama Rakyat

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah terus memberi perhatian kepada kualiti kehidupan masyarakat luar Bandar dalam wilayahnya. Dengan kerjasama Giat MARA, KETENGAH telah menganjurkan Program Mesra Kasih Bersama Rakyat dimana program ini bertujuan meringankan beban penduduk dan bagi memberikan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelum ini.

Yang Berbahagia Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH telah melancarkan gerak kerja pembaikian rumah iaitu bagi 15 buah rumah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah merangkumi kerja-kerja pendawaian elektrik dan paip yang memperuntukkan peruntukan sebanyak RM1000 bagi sebuah rumah pada 24 Mac 2017 bertempat diTaman Indah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Hadir sama ke majlis pelancaran ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Nazri Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), pengurusan kanan KETENGAH dan Pengarah Giat MARA Terengganu serta pemimpin masyarakat setempat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *