Mini Karnival Sayangi Malaysiaku Mini RTC Terengganu 2018.

Sebagai tanda cintakan negara, pada 14 September 2018 telah berlangsung Program Mini Karnival Sayangi Malaysiaku Mini RTC Terengganu 2018. Program tersebut telah berlangsung bertempat di kampung Padang Pulut, Dungun Terengganu. Pelbagai acara telah disusun sempena dengan program tersebut antaranya ialah pameran dari agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, sukan rakyat, pengurusan jenazah, demo masakan dan gubahan, kuiz kemerdekaan dan juga cabutan bertuah turut disediakan. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme dikalangan penduk setempat serta menghargai erti kemerdekaan. Disamping itu juga, penduduk setempat dapat memanfaatkan kepelbagaian fungsi Mini RTC yang merupakan pusat “satu hentian pelbagai perkhidmatan”.

Festival Kenyir 2018
Malam Jasamu Dikenang

Artikel Lain