Monsoon Run 2018.

Ketengah Holding Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH dan UiTM Kampus Bukit Besi telah menganjurkan Monsoon Run 2018 pada 22 November 2018 bertempat di Bandar Bukit Besi, Dungun Terengganu. Seramai 728 orang peserta telah menyertai larian ini. Jarak larian adalah sepanjang 5KM berkonsep fun runtelah melalui kawasan indah di Tasik Puteri. Disamping mengekalkan kecergasan, program ini bertujuan memperkenalkan Pusat Niaga Tasik Puteri kepada orang ramai yang kini sudah beroperasi. Turut diadakan kempen derma darah, jualan usahawan dan cabutan bertuah. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Korporat Ketengah Holding Sdn. Bhd, Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman, Penolong Rektor UiTM Kampus Bukit Besi, pegawai-pegawai kanan KETENGAH dan Pengurus-pengurus anak syarikat. Sekalung penghargaan juga kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kesihatan kerana telah banyak membantu melancarkan perjalanan program.

DCIM100MEDIADJI_0312.JPG

BENGKEL ETIKA DALAM PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT YANG EFEKTIF
Forum Ehwal Islam

Artikel Lain