MoU di antara Anak-Anak Syarikat Milik Agensi di Bawah KKLW Fasa 2

Pada 28 September 2017 (Khamis), satu Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Anak-Anak Syarikat Milik Agensi di Bawah KKLW Fasa 2 bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan kesinambungan kepada kerjasama strategik diantara anak-anak syarikat di bawah KKLW yang telah dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) Fasa 1 pada 14 April 2017 dimana tiga (3) kluster perniagaan telah terlibat iaitu perkilangan, perkhidmatan dan pelancongan.

Untuk MoU Fasa 2 ini, memorandum persefahaman melibatkan empat (4) kluster perniagaan iaitu pendidikan, hartanah, perkhidmatan dan pelaburan. Memorandum ini ditandatangani dan disaksikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob turut melibatkan 25 buah syarikat daripada 7 agensi di bawah KKLW. Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Ketengah Holding Sdn Bhd, YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, Encik Hasri bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, pegawai-pegawai kanan KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn Bhd.

placeholder
Festival Kenyir 2017
placeholder
Minda Ibu Tunggal Ditransformasikan

Artikel Lain