MoU KETENGAH UNISZA

Pada hari ini 25 Oktober 2015, satu lagi detik bersejarah dilakar diantara KETENGAH dan UniSZA apabila kata sepakat telah dicapai melalui memorandum persefahaman yang telah dimeterai dihadapan YAB Datuk Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi KETENGAH. Kolobrasi ini amat signifikan kerana KETENGAH mempunyai sumber dan pihak UniSZA mempunyai kepakaran. YAB Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembangunan yang sedang berjalan itu pastinya akan memberi impak yang besar kepada kemajuan di Tasik Kenyir dan kawasan pentadbiran KETENGAH yang melibatkan 150,000 orang penduduk. “Manfaat itu juga akan dinikmati oleh rakyat dan membantu UniSZA sendiri dalam memastikan bahawa peranannya untuk membantu masyarakat, komuniti sekali gus mampu merancakkan ekonomi masyarakat. “Ini secara langsung akan memudahkan proses pembangunan di Ketengah dan paling utama pembangunan di kawasan Tasik Kenyir sendiri kerana Terengganu menjadikannya sebagai hab pelancongan negeri serta sumber ekonomi yang baharu, sekiranya berlaku pengurangan hasil petroleum kelak,” katanya. Turut hadir Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahaya bin Ibrahim. MoU yang ditandatangani merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan industri, mobiliti dan sangkutan; pengajaran dan pembelajaran; pembangunan modal insan dan latihan; pembangunan agro pelancongan serta bidang-bidang lain yang dipersetujui bersama.

placeholder
Kumpulan Taman Orkid Juara Kenyir Fishing Challenge 2015
placeholder
Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah

Artikel Lain