myREZEKI Fest 2015

19 Orang Pesara Dirai
17/01/2017
myRezeki Fest 2015 Siri 2
17/01/2017

myREZEKI Fest 2015

Golongan Belia merupakan aset modal insan yang berharga dan perlu dibentuk agar agenda transformasi kerajaan dapat dilaksanakan secara berterusan. Selaras dengan itu satu Program Transformasi Belia Luar Bandar (myREZEKI Fest 2015) Negeri Terengganu telah berlangsung pada 14 Februari 2015 bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC) Kuala Terengganu. Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Pelbagai program telah diatur iaitu Program Ceramah Motivasi dan Keusahawanan, gerai dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta penglibatan gerai Usahawan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Turut hadir pada majlis tersebut CEO Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Tuan Haji Wan Mohd Rubi bin Wan Jusoh, Wakil KKLW Pn. Liza Juliana binti Mafauzil, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail dan juga Pengurus – Pengurus Bahagian KETENGAH.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *