Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi

Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2014. Ianya mula beroperasi seawal jam 3 Pagi hingga pukul 1 petang. Pasar komuniti ini memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat yang mana menjadi pusat pengumpulan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. Pusat pengumpulan itu nanti akan menjadi satu hab perniagaan penting yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk transaksi bahan-bahan mentah, sayur segar serta produk IKS kepada penduduk. Apa yang penting ia akan membuka peluang perniagaan yang cukup besar kepada penduduk wilayah Ketengah di mana ia beroperasi seperti sebuah pasar borong yang mengumpul pengeluar, pemborong serta pembeli pada satu satu masa. Disamping itu, ia juga beroperasi bagi aktiviti pasar harian. Harga bagi setiap barangan yang ditawarkan cukup murah berbanding di tempat lain. Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Amin bin Wan Daud berkesempatan meninjau aktiviti perniagaan di Pasar Komuniti RTC Terengganu Bandar Al-Muktafi Billah Shah, yang rancak berjalan.

placeholder
Sambutan Kemerdekaan ke 57
placeholder
Program Gotong Royong

Artikel Lain