PB Tinjau Keadaan Banjir Sekitar Wilayah

KETENGAH sentiasa prihatin supaya nasib warga yang tinggal di Wilayahnya sentiasa terbela. Pengurus Besar, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, hari ini turun padang bagi meninjau keadaan selepas banjir di Kampung Durian Mentangau, Kuala Jengai, Tepus, Minda Talong dan Rantau Panjang. Kebanyakan mangsa banjir masih berada di pusat – pusat pemindahan memandangkan cuaca sekarang masih tidak menentu. Keadaan jalan raya yang menghubungkan Kuala Jengai – Pasir raja telah mengalami kerosakan dan tanah mendap akibat arus deras banjir. Susulan lawatan tersebut, Pengurus Besar menyampaikan bantuan berupa makanan asas kepada mangsa yang masih berada di pusat pemindahan banjir. Turut hadir En. Mukhtar bin Che Ali , pengurus bahagian tanah dan kuasa tempatan.

placeholder
Transformasi Kendiri dan Cakna Solat
placeholder
Projek Jiwa Murni ATM

Artikel Lain