Pelaksanaan Mini RTC Negeri Terengganu

Satu Mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengurusan dan Pelaksanaan Mini RTC Negeri Terengganu telah diadakan pada 23 Dis 2013 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu. Seramai 90 orang telah hadir termasuk kakitangan KETENGAH, Pengurus Mini RTC Negeri Terengganu dan AJK Mini RTC. Selaku agensi Penyelaras, KETENGAH mengambil inisiatif untuk membentangkan kepada semua yang hadir mengenai struktur baru jawatankuasa mini RTC. Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Turut hadir menjayakan mesyuarat tersebut ialah Encik Ahmad Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa, KKLW dan Encik Che Wan Ahmad bin Wan Embong, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

placeholder
Program Memancing Jelajah Tasik Kenyir 2013
placeholder
Kemahiran Ibu Tunggal Dipertingkatkan

Artikel Lain