Pelancaran Gotong Royong Perdana 2018

Kebersihan persekitaran adalah menjadi tanggungjawab bersama. Dalam usaha memupuk semangat kerjasama antara penduduk, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Daerah Dungun, Felda, JKR Dungun, Jabatan Kesihatan Terengganu, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana Wilayah KETENGAH Tahun 2018.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Ketengah Jaya, majlis pelancaran Program Gotong Royong Perdana Wilayah KETENGAH Tahun 2018 telah dirasmikan pelancarannya oleh YBhg. Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH pada 1 Februari 2018.

YBhg Dato’ Haji Din turut menyempurnakan penyerahan kit gotong royong kepada ketua-ketua taman perumahan Felda, ketua-ketua taman perumahan KETENGAH dan juga kepada perbandaran KETENGAH.

Hadir sama ke majlis ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan),Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Anuar bin Ibrahim, wakil dari Felda Terengganu, Yang Mulia Tengku Hamzah bin Tengku Deraman, Penyelaras DUN Paka, pengurusan kanan KETENGAH serta penduduk setempat.

placeholder
TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN
placeholder
APC KKLW 2017

Artikel Lain