Mengesan dan menganalisa semua kemajuan projek – projek yang telah,sedang dan akan dilaksanakan di kawasan KETENGAH sama ada akan mencapai matlamat pembangunan sebagaimana yang dikehendaki.
Mengesan dan menganalisa prestasi projek dan program lembaga.
Menyelaras dengan syarikat – syarikat anak dan usahasama KETENGAH bagi menjaga kepentingan pelaburan KETENGAH di dalam syarikat – syarikat tersebut.
Mengumpul dan menyediakan maklumat – maklumat berkaitan dengan kegiatan kedudukan kewangan dan prestasi syarikat – syarikat anak/usahasama KETENGAH.
Menyediakan Laporan Tahunan Lembaga.
Mengumpul, menganalisa, menyimpan dan membekalkan maklumat-maklumat mengenai program-program KETENGAH sepertimana yang diperlukan.
Mengenalpasti dan menggalakkan pelabur – pelabur yang berpotensi untuk melabur di dalam kawasan KETENGAH dan menjalankan kerja – kerja galakkan pelaburan melalui pameran dan seminar – seminar yang dianjurkan oleh kerajaan ataupun swasta di dalam ataupun luar negeri.
Menilai semula projek – projek pelaburan di dalam kawasan KETENGAH selain daripada projek pelaburan dalam kawasan Tasik Kenyir.