Pemantauan Projek Oleh Pengurusan Tertinggi KETENGAH

Salam Silaturrahim KETENGAH 2015
17/01/2017
Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW Tahun 2015
17/01/2017

Pemantauan Projek Oleh Pengurusan Tertinggi KETENGAH

Bagi memastikan kelangsungan projek pembangunan dilaksanakan berjalan lancar, YBhg Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH bersama kumpulan pengurusan tertinggi KETENGAH telah turun padang bagi memantau projek – projek yang dilaksanakan di Bandar Ketengah Jaya. Diantara projek yang dipantau ialah, Pusat Ternakan Ayam Pedaging Sistem Tertutup di Kg Durian Mentangau, Pusat Rekreasi dan Projek Perumahan di Bandar Ketengah Jaya. YBhg Dato’ Pengurus Besar juga mengadakan perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Pejabat Cawangan Bandar Ketengah Jaya. Dalam ucapan Yang Berbahagia Dato’ Pengurus Besar menekankan tentang Integriti dan disiplin dalam melakukan tugasan seharian dan serta meminta kakitangan menjadi duta kecil dalam mempromosikan program atau pembangunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH selama ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *