Objektif Bahagian :-
- Mengubah operasi jabatan melalui penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Mewujudkan masyarakat yang berasaskan pengetahuan (K-Society) melalui galakkan pembangunan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang menyeluruh dalam semua bidang.
- Menggalakkan penggunaan ICT secara optimun bagi meningkatkan daya saing serta taraf hidup masyarakat dalam wilayah KETENGAH.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam usaha untuk mengurangkan jurang digital di kalangan penduduk wilayah KETENGAH.
Fungsi Bahagian :-
- Merangka strategi Sistem Aplikasi KETENGAH
- Merangka strategi Program ICT di kawasan KETENGAH
- Menyediakan program – program komputer di kawasan KETENGAH
- Menyelenggara dan mengawasi semua kerja – kerja projek komputer KETENGAH
- Memantau keberkesanan Program Mini RTC dan ICT
- Menyelenggara Rangkaian KETENGAH.Net di Ibu Pejabat dan Perbandaran KETENGAH
- Mengada dan menguruskan latihan IT dan ICT termasuk Usahawan IT.