Pemerkasaan J3K Hulu Dungun

Pelbagai usaha dilaksanakan oleh KETENGAH, sebagai salah satu agensi di bawah KKLW dalam memperkasakan J3K dalam wilayahnya.

Pada 19 Ogos 2016 hingga 20 Ogos 2016, satu program Lawatan Bermaklumat J3K Hulu Dungun ke Tasik Kenyir telah diadakan dengan penglibatan 10 buah J3K iaitu Pasir Raja, Kg. Shukor, Kg. Kuala Jengai, Kg. Jongok Batu, AMBS I, AMBS II, AMBS III, Taman Indah, Perumahan Bukit Besi dan J3K Bukit Besi.

Program 2 hari 1 malam ini memberi pendedahan berkaitan produk-produk pelancongan di Tasik Kenyir dalam usaha membuka minda bagi melahirkan pemimpin serta masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan terutamanya tentang pembangunan dalam wilayah serta merealisasikan wawasan desa maju, makmur dan sejahtera.

Antara tempat yang dilawati adalah Santuari Kelah dan juga Pulau Herba. Di samping itu, peserta juga tidak melepaskan peluang mengadakan mesyuarat secara santai di atas houseboat yang disediakan.

Program sebegini memberi ruang kepada para peserta mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk sikap kerjasama sesama peserta dengan melaksanakan aktiviti- aktiviti sampingan di atas houseboat sepanjang perjalanan menyusuri Tasik Kenyir.

Pelepasan para peserta yang menaiki empat buah houseboat telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Hadir sama semasa pelepasan ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH.

placeholder
Kursus Tata Sajian & Kuih Muih
placeholder
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2016

Artikel Lain