Pengetahuan Kakitangan Dipertingkatkan

Seramai 54 kakitangan KETENGAH telah mengikuti Kursus Pengurusan Rekod Kerajaan yang berlangsung pada 12 hingga 13 Mac 2018 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut DRS. Haji Yusof bin Che Rose, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu dan Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan KETENGAH.

Objektif utama kursus ini bertujuan mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan terutamanya kepada kakitangan yang baru dilantik berkenaan sistem pengurusan fail dan rekod yang dipraktikkan mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia. Peserta juga akan memahami kepentingan penyelenggaraan keselamatan rekod kerajaan, cara pelupusan, pemeliharaan rekod kerajaan dan memperkenalkan tatacara yang betul di dalam pengurusan fail dan rekod jabatan serta mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara. Kursus selama dua hari satu malam ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zamri bin Mohd Din, Penolong Pengarah 1 Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu.

placeholder
Pemuafakatan dalam komuniti
Perkongsian Bersama, Tingkatkan Kecekapan

Artikel Lain