Fungsi Bahagian :-

  • Merangka, membentuk, mengulangkaji dasar-dasar dan strategi – strategi pembangunan kawasan KETENGAH dari semasa ke semasa.
  • Mengenalpasti dan merancang pembangunan kemudahan fizikal dan ekonomi di kawasan KETENGAH
  • Mengenalpasti dan merancang pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian, perdagangan dalam kawasan KETENGAH.
  • Bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan 5 tahun KETENGAH dan kajian separuh penggal.
  • Mengenalpasti dan merancang semua projek/program dan aktiviti – aktiviti pembangunan masyarakat, sosial dan institusi di wilayah KETENGAH.
  • Mengenalpasti dan merancang projek/program dan aktiviti di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
  • Mengenalpasti dan merancang penggunaan / keperluan tanah di kawasan KETENGAH selaras dengan projek / program pembangunan KETENGAH.
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan dengan aspek pertanian, tenaga manusia, sosial ekonomi, pembangunan pusat pertumbuhan desa, kampung tradisi, tempat tinggal, perindustrian, perdagangan, pelancongan dan pembangunan bandar.
  • Menjalankan kajian guna tanah, pelan pembangunan fizikal perbandaran dan pusat pertumbuhan di kawasan Wilayah KETENGAH.