Perasmian MARA KETENGAH International College (MKIC)

Pada 27 Oktober 2015, YB Tan Sri Haji Annuar bin Haji Musa, Pengerusi MARA telah merasmikan penubuhan MARA KETENGAH International College (MKIC) yang bertempat di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato Sri Ismail bin Yaakob. Turut hadir bersama Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din bin Adam, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu Bukit Besi, YB Roslee Bin Daud dan Pengurus Besar KETENGAH, Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. MKIC adalah merupakan institusi pendidikan tinggi yang ditadbir urus oleh MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd (MEX). Antara kursus yang ditawarkan di kolej ini adalah persediaan A Level Cambridge yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di bawah tiga bidang professional iaitu, arkitek, perakaunan dan ekomoni. Dalam hari yang sama juga, YB Tan Sri juga telah hadir dalam Program Bersama Warga KETENGAH yang diadakan di RTC Terengganu, Al-Muktafi Billah Shah.

placeholder
Kg Landas Tumpuan KETENGAH Cakna Kampung 2015
placeholder
Tahniah KETENGAH!

Artikel Lain