Perasmian Mini KUD 2014

Bersempena Program Mini Karnival Usahawan Desa 2014 Zon Timur yang bermula 11 hingga 14 Sept 2014, satu Majlis Perasmian telah diadakan pada 12 Sept 2014 bertempat di Pentas Utama, RTC Terengganu dan dirasmikan oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Roslee bin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan), Y. Bhg. Datuk Seri Ibrahim bin Muhammad, Ketua Setiausaha KKLW dan Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Mini KUD yang berlangsung selama 4 hari ini adalah bertujuan membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan dengan memperkenalkan produk desa secara terbuka disamping mengadakan jualan terus dan mengadakan seminar-seminar terbuka kepada usahawan dan juga bakal usahawan. Berbagai-bagai program telah diatur sepanjang karnival kali ini, antaranya ialah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak bersama Bank Rakyat Program Liqa’ Mahabbah Malam Kesenian Islam Pertandingan Badminton KUD Zon Timur Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Pertandingan Masakan Persembahan Artis, dan berbagai lagi.

placeholder
Program Pemantapan Ikrar Integriti Korporat
placeholder
Kursus Pentadbiran dan Perundangan Tanah

Artikel Lain