Perhimpunan Bulanan 1/2014

Malam Gemilang KKLW 2013
17/01/2017
Perniagaan Cara Rasullulah
17/01/2017

Perhimpunan Bulanan 1/2014

Perhimpunan Bulanan Kali ke 1/2014 telah diadakan pada 19 Januari 2014 bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH. Program telah dihadiri oleh semua kakitangan KETENGAH, Unit Pengurusan Projek Wilayah KETENGAH dan anak syarikat Ketengah Holdings Sdn Bhd. Semua kakitangan ditayangkan aktiviti sepanjang Disember 2013 hingga Januari 2014. Ini merupakan 1 kaedah bagi menilai semula apa yang telah dilakukan dan memaklumkan kepada semua kakitangan apa yang telah KETENGAH lakukan selain hebahan di Laman Web. Di dalam perhimpunan kali ini, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH menyeru agar setiap bahagian dan kakitangan terus mempertingkatkan prestasi agar dapat dicapai dan juga menjadikan kelemahan dan kegagalan masa lampau sebagai ukuran dan panduan untuk lebih berjaya dan maju. Majlis yang diawali dengan tayangan Video sepanjang Dis hingga Jan 2014 itu adalah selari dengan apa yang telah diperkatakan iaitu bertujuan supaya semua kakitangan sentiasa muhasabah diri atas segala aktiviti yang telah dilakukan, samada berjaya atau sebaliknya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *