Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 8/2018

Pada 6 November 2018, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 8/2018, bertempat di Dewan Tingkat 3, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Majlis yang menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak syarikat ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan KETENGAH Bersama Membangun, kemudian disusuli tayangan video aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2018. Perhimpunan kali ini merupakan yang pertama bagi Pengurus Besar KETENGAH baru dilantik iaitu YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Beliau menekankan tentang Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar yang dilancarkan oleh YB menteri KPLB pada 29 Oktober 2018 bertujuan bagi menaiktaraf dan meningkatkan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah masyarakat luar bandar. Aspek penjimatan perbelanjaan dan disiplin kakitangan turut diberi penekanan oleh beliau.

Kejohanan Golf Jemputan
placeholder
Muat Turun Borang Tawaran Bot Terpakai KETENGAH Tahun 2018

Artikel Lain