Perkhidmatan Teknik

Unit Perancang Bandar Dan Desa

Fungsi :-

  • Menyediakan rancangan pembangunan fizikal termasuk keperluan infrastruktur, perumahan, perniagaan dan kemudahan sosial rekreasi dan alam sekitar lanskap.
  • Merancang dan menyelaras kajian yang berkaitan dengan pembangunan pusat – pusat pertubuhan KETENGAH.
  • Memberi khidmat nasihat dan menyelaras dengan bahagian dan agensi luar dalam aspek Rancangan Pembangunan Bandar dan Kampung Tradisi.
  • Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat Pelan Struktur.
  • Penentuan guna tanah dan kawasan pembangunan.
  • Memberi input dalam rancangan wilayah, proses / tatacara perancangan seragam.
  • Penyelarasan gunapakai piawaian – piawaian perancangan fizikal untuk wilayah KETENGAH.
  • Menyediakan pelan dan menyelaras kerja – kerja lanskap.
  • Penilaian dan perancangan semula projek – projek lanskap.
  • Kawalan Kualiti Alam Sekitar.

 

Unit Projek Wilayah KETENGAH

Fungsi :-

  • Kerja rekabentuk projek infrastruktur, bangunan, perumahan dan sebagainya.
  • Menyediakan projek infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Dokumen Tender.
  • Melaksanakan projek – projek pembangunan KETENGAH.
  • Mengawasi dan menyeliakan projek – projek pembinaan.
  • Melaksanakan dan menguruskan kerja – kerja penyelenggaraan elektrik.