Program Berkhatan dan Bertindik Wilayah KETENGAH

Lembaga Kemajuan Tengganu Tengah (KETENGAH) dengan Kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan satu Program Berkhatan dan Bertindik beramai-ramai bertempat di Dewan Orang Ramai FELDA Kerteh 6 pada 16 Disember 2017. Mereka, terdiri daripada 136 orang kanak-kanak lelaki dan 50 kanak-kanak perempuan. Keperihatinan kerajaan melalui KETENGAH ini jelas menunjukkan sikap kerajaan yang mementingkan kehendak dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat seterusnya meringankan beban kewangan yang ditanggung mereka melalui program sebegini. “Kecil bagi kita, besar bagi rakyat”.

Pelbagai ragam dapat disaksikan pada raut wajah kanak-kanak ini, gementar, seronok dan sedih ketika melalui satu lagi detik bersejarah dalam kehidupan. Mereka yang bakal menempuh alam remaja itu terdahulu diarak dengan dua buah kereta kuda dan sembilan buah kenderaan pacuan empat roda sebelum ditabur beras kunyit dan disembur air oleh pihak Bomba dan penyelamat Paka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut YB Haji Ir Rosli Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBhg Encik Saidiee bin Salleh, Pengurus Besar FELDA Wilayah Timur, Pegawai-Pegawai Kanan KETENGAH, Pemimpin Masyarakat dan penduduk sekitar bandar Ketengah Jaya.

placeholder
Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
placeholder
KKLW Gesa Segerakan Permohonan Dapatkan Keperluan Asas Kawasan Luar Bandar

Artikel Lain