Program Berkhatan dan Bertindik

Forum Ehwal Islam
24/11/2018
AMCT 2018
05/12/2018

Program Berkhatan dan Bertindik

Saban tahun Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menganjurkan program sambutan Maulidur Rasul demi menjana kecintaan kita semua kepada Rasulullah SAW dan pada masa yang sama meniupkan roh Islam ke seluruh wilayah demi menjadikan penduduk wilayah ini sebagai penduduk yang terbaik dan sentiasa menghayati ajaran Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.

Pada tahun ini sempena Sambutan Maulidur Rasul, program berkhatan dan bertindik turut disambut pada hari ini dengan penglibatan seramai 185 orang iaitu melibatkan penyertaan menyeluruh daripada anak-anak di kampung-kampung tradisi, Asrama PERKAYA Kampung Dendang, Dungun dan juga sekolah-sekolah rendah wilayah KETENGAH.

Bagi program berkhatan seramai 150 orang kanak-kanak lelaki dan bagi program bertindik adalah seramai 35 orang kanak-kanak perempuan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama petugas daripada Hospital Dungun, Klinik Kesihatan Al Muktafi Billah Shah, Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah dan Polis Diraja Malaysia Al Muktafi Billah Shah. Khidmat ini adalah secara percuma.

Sempena majlis ini juga disampaikan bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Wilayah KETENGAH kepada 19 orang penerima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM114,580.00. Program PPP ini dilaksanakan sejak tahun 2011. Keseluruhan peruntukan yang disalurkan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ialah sebanyak RM2,189,700.00. Sehingga kini, seramai 311 orang telah mendapat manfaat dan seterusnya meringankan beban sara hidup masyarakat di dalam wilayah.

KETENGAH berharap program-program ini dapat memperkasakan penduduk wilayah selari dengan hasrat Teras 4 Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar iaitu masyarakat luar bandar berilmu, mahir dan cemerlang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *