Program Integrasi Desa Wilayah KETENGAH

Cakna Ibu Tunggal
17/01/2017
Lawatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Tasik Kenyir
17/01/2017

Program Integrasi Desa Wilayah KETENGAH

Satu Program Integrasi Desa Wilayah KETENGAH Siri Ke 3 ke Perlis dan Kedah telah diadakan pada 27 hingga 29 Disember 2013. Di antara kampung GDW yang terlibat ialah Kg. Ibok, Kg. Jerangau, Kg. Pasir Gajah dan Kg. Tokdor. Di antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada kepimpinan kampung dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan kampung GDW yang telah mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat kebangsaan sebagai panduan bagi mereka dalam memajukan kampung. Selain daripada itu juga, lawatan ini bertujuan bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya maju dalam bidang ekonomi dan sosial melalui pengurusan pelaksanaan projek-projek ekonomi yang berdaya maju.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *