PROGRAM JELAJAH RAMADAN 1439H

Program Jelajah Ramadan 1439H anjuran bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan RTM Terengganu telah berlangsung pada 26 dan 27 Mei 2018.

Program yang diadakan ini telah bermula di Kampung Basung dan Pasir Dula pada 26 Mei 2018 di mana seramai 10 orang penduduk yang terdiri daripada mereka yang sakit terlantar telah menerima sumbangan bakul makanan dan juga wang tunai.  Rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH dan juga Encik Lokman bin Muda, Pengarah RTM Terengganu telah mengagihkan sumbangan yang diberikan dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini.  Di samping itu, seramai 500 orang penduduk setempat juga diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Basung dan Kampung Pasir Dula.

Pada 27 Mei 2018 pula, KETENGAH dan RTM Terengganu sekali lagi telah bersama-sama menyantuni anak-anak yatim dalam wilayah KETENGAH mencari kelengkapan perayaan seperti baju raya, kasut dan songkok serta tudung di Jakel Gong Badak dan juga Mydin Mall. Seramai 40 orang anak yatim dari tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Sekolah Kebangsaan Durian Mas 1 dan Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 ini turut diraikan dalam majlis Berbuka Puasa bersama media di TH Hotel.

 

Program yang bertujuan bagi menyemarakkan amalan bersedekah yang sangat digalakkan dalam bulan yang penuh keberkatan ini, di samping meraikan golongan yang kurang berkemampuan, telah dihadiri sama oleh Pengurusan Kanan KETENGAH dan Pengurusan Kanan RTM Terengganu.

placeholder
No Announcement
placeholder
TAWARAN PENYEWAAN DAN PENGOPERASIAN BANGUNAN PUSAT PERKHIDMATAN GAWI DI PENGKALAN GAWI TASIK KENYIR

Artikel Lain