Program Jom JPJ di RTC Terengganu

Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu bersama KETENGAH dan Pengurusan RTC Terengganu telah mengadakan Program Jom JPJ bertempat di RTC Terengganu pada hari sabtu 20 Februari 2016. Diantara perkhidmatan yang ditawarkan ialah memperbaharu lesen memandu dan cukai jalan, bayaran saman, pengurangan kadar saman, pendaftaran skuad muda 1 JPJ, pemeriksaan motosikal LKM yang tamat tempoh melebihi satu tahun secara percuma dan tukar hak milik kenderaan.

Disamping itu usahawan KETENGAH turut serta dengan membuka gerai jualan mereka. Orang ramai boleh juga berurusan dengan Lembaga Tabung Haji yang membuka kaunter sempena dengan program tersebut. Pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

Selain menyediakan perkhidmatan biasa yang ditawarkan di kaunter-kaunter agensi itu, program tersebut bertujuan mendekati warga JPJ dengan masyarakat setempat. Tn. Abd Rahman Emang Anyie B Abdullah, Pengarah JPJ Terengganu turut turun padang menyertai program ini.

placeholder
Lawatan Penyelidik dari UnisZa
placeholder
Kursus Pemantapan Integriti

Artikel Lain