Program Khidmat Bakti Siswa KETENGAH-UniSZA

Program khidmat komuniti ini melibatkan seramai 150 orang dari Jurusan Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar Pejabat Timbalan Canselor HEAP UniSZA. Kesemua pelajar ini telah ditempatkan di Kampung Shukor dan Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun selama dua hari satu malam.

Program sebegini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang peranan KETENGAH dalam membangunkan Wilayahnya dan dapat menyedarkan mereka akan tanggungjawab sosial kepada masyarakat apabila mereka tamat pengajian kelak. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, merangkap ADUN Bukit Besi. Hadir sama pada majlis tersebut Professor Madya Dr. Mohamad Razali bin Abdullah dan Pegawai Kanan KETENGAH.

placeholder
Lawatan Delegasi PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Ke Tasik Kenyir
placeholder
Program Riang Ria Keluarga KETENGAH

Artikel Lain