Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)

Sebanyak RM 30 juta disalurkan keseluruh Malaysia untuk menjayakan program PLKK. Dalam kesibukan YB Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Timbalan Menteri II Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk sempat turun padang untuk merasmikan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dalam bidang jentera berat dan kenderaan perdagangan bertempat di Pusat Latihan Kem Jiwa Bakti, Peladang Institut, jertih, Terengganu. Beliau berkata “ di bawah program PLKK, bantuan diberikan kepada peserta untuk mengikuti latihan kemahiran dalam pelbagai sektor dan salah satu bidang yang telah diberi perhatian adalah Bidang Jentera Berat. Latihan yang diberi dalam PLKK adalah kemahiran asas Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 iaitu bantuan maksimum bagi kursus yang melebihi 6 bulan diantara RM 10,000.00 hingga RM 15,000.00 bagi setiap peserta”. “Pada tahun 2015, sejumlah RM 30 juta telah disalurkan kepada kementerian ini bagi pelaksanaan program PLKK. Peruntukan ini telah diagihkan kepada semua Negeri termasuk Negeri Kelantan berjumlah RM4,010,700.00 melibatkan 532 orang peserta. Manakala di Negeri Terengganu, sebanyak RM4,754,600.00 peruntukan telah disalurkan untuk membiayai peserta seramai 646 peserta.” “Selain itu, pelaksanaan PLKK ini juga akan memberikan sumbangan dalam bentuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berfikiran positif dalam pasaran tenga kerja Negara. Kerajaan komited untuk meneruskan segala bentuk bantuan sebegini demi memastikan rakyat terus terbela dan kerajaan tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga kerja asing yang berkemahiran.” Hadir sama pada majlis tersebut, YBhg. Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang Timbalan Pengurus Besar KETENGAH, Pengurus-Pengurus Bahagian KEETENGAH serta peserta PLKK Wilayah KETENGAH.

placeholder
Melestarikan Inovasi Memartabatkan Transformasi
placeholder
Majlis Persaraan 2015

Artikel Lain