Program Mesra Rakyat Bandar Ketengah Jaya.

RM20 Juta diluluskan Kerajaan Bagi Menangani Masalah Rakyat
05/05/2018
Pembinaan Dewan Baru Kampung Bukit Merah Menceriakan Penduduk
06/05/2018

Program Mesra Rakyat Bandar Ketengah Jaya.

Pada 5 Mei 2018 telah berlangsung satu program Mesra Rakyat Bandar Ketengah Jaya bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu. Objektif utama adalah bagi merapatkan silaturahim dan semangat kekitaan di antara penduduk. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Pada majlis yang sama turut disampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan, keceriaan dan keselamatan taman perumahan Bandar Ketengah Jaya. Tahniah kepada semua pemenang.   Felda Kerteh 1 telah menjadi Johan pertandingan bagi kategori Perumahan Rancangan Felda.  Manakala Taman Sejahtera telah dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Perumahan KETENGAH. Masing-masing memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00.  Di samping itu, seramai 16 orang penerima suratan Hakmilik Tanah menerima suratan hakmilk masing-masing, manakala 7 orang asnaf menerima sumbangan zakat masing-masing.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *