Program Mesra Rakyat Bandar Ceneh Baharu

Pada 8 Mei 2018 telah berlangsung satu Program Mesra Rakyat Bandar Ceneh Baharu bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Ceneh Baharu, Kemaman Terengganu. Program yang menghimpunkan komuniti setempat ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai perpaduan dan kekitaan dikalangan penduduk. Disamping itu membolehkan masyarakat di sekitar Bandar Ceneh Baharu dapat beramah mesra bersama pemimpin setempat, Pengurus Besar dan pegawai-pegawai kanan KETENGAH secara lebih dekat lagi. Program yang dianjurkan pada hari ini merupakan salah satu medium yang mampu menjadi landasan bagi memupuk dan melahirkan semangat kerjasama sesama penduduk dengan pemimpin setempat, secara tidak langsung ianya dapat menjalinkan hubungan dua hala sekaligus menambah baik mutu perkhidmatan bagi meneruskan dasar-dasar kerajaan. Pada majlis yang sama, seramai 91 orang asnaf menerima zakat dan 90 orang penduduk telah menerima suratan hakmilik tanah masing-masing. Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama pada program tersebut YBhg. Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar, Pengurus-pengurus Ladang di bawah KETENGAH serta pemimpin setempat.

Pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW Parlimen Hulu Terengganu
Community Program at Bandar Ceneh Baharu

Artikel Lain